Sabtu, Mac 11, 2006

Syaikh Muhammad al-'Arabi at-Tabbaani

Syaikh Muhammad al-'Arabi bin at-Tabbaani bersambung nasabnya kepada Syaikh 'Abdus Salam ibnu al-Masyisy (yakni guru kepada Syaikh Abul Hasan 'Ali asy-Syazali) yang merupakan keturunan Sayyidina al-Hasan r.a. cucu Junjungan Nabi s.a.w. Beliau dilahirkan di kampung Ra`s sebuah wadi di Algeria pada tahun 1315H. Beliau berguru dengan Syaikh 'Abdullah bin al-Qadhi al-Ya'laawi di Algeria dan selainnya daripada para masyaikh Jami' Zaituniyyah di Tunis.

Setelah berhijrah ke Haramain, beliau berguru dengan Syaikh Ahmad asy-Syinqithi, Syaikh Muhammad asy-Syinqithi, Syaikh Hamdan al-Wanisi, Syaikh 'Abdur Rahman ad-Dahhan dan Syaikh Musytaq Ahmad. Beliau mula mengajar di Masjidil Haram pada tahun 1338H dan di Masjidin Nabawi apabila kebetulan berziarah ke sana. Beliau juga mengajar di Madrasah al-Falaah, Makkah.

Antara muridnya ialah as-Sayyid Muhammad Amin Kutubi (teringat nasyid Sidanan Nabi dendangan Haddad Alwi... Sidanan Nabi, Sidanan Nabi, Sidanan Nabiyyy, Sidi Muhammad Amin Kutubi, Habibin Nabiyyyy, Sidi Muhammad Amin Kutubi, Habibin Nabiyyy... maaflah kalau sumbang), asy-Sayyid 'Alwi bin 'Abbas al-Maliki (ayahanda Buya Habib Muhammad al-Maliki), Syaikh Muhammad Nur Sayf dan Syaikh 'Abdullah al-Lahji. Beliau wafat di Makkah pada tahun 1390H........al-Fatihah.

Beliau juga ada mengarang dan antara karangannya ialah "Ifaadatul Akhyar bi baraa-atil abraar" dan "Is`aaful Muslimin wal Muslimaat bi jawaazil qiraa-ati wal wushuli tsawabiha lil amwaati" di mana dalam kitabnya ini beliau menyatakan membaca al-Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada orang-orang yang telah mati adalah harus dan sampai pahalanya kepada mereka menurut pendapat jumhur fuqaha` Islam Ahlus Sunnah, walaupun bacaan tersebut dilakukan dengan diberi upah.

Jadi mana-mana orang yang kata tak sampai atau membid`ahkan perbuatan yasinan atau tahlilan. Elok cari kitab tersebut dan telaah, lihat dalil-dalilnya, kemudian kalau nak tahlil buatlah, kalau tak nak, diamlah. Kalau kamu ada hujjah, kami jugak punya. Kalau kamu ada ulama, kami jugak punya. Jangan jadi macam India punya cakap " tempurung atas katak" itu Melayu cakap "katak bawah tempurung", sampai itu katak tarak tahu siapa ada sana luar itu tempurung. Jangan ambik ati nooooo.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Akhi ... boleh tak letakkan sedikit sejarah Syeikh Hasan Masyath, kitab-kitab karangannya, guru-gur dan murid-muridnya.

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum,

Akhi,

Apa pendapat anta tentang Maulana Mohd Asri Yusof yg mempunyai madrasah hadith di Kelantan?Cuba jenguk2 laman web pusat dia dan bagi pendapat...

http://www.darulkautsar.com/

Abu Muhammad berkata...

Wa alaikumus salam, ya akh. Ana cuma pernah baca buku Ustaz Asri berhubung Syiah. dari website nampaknya penyokong ahli hadits deoband yang agak fanatik dan cenderung kepada wahhabi/"salafi".

Tanpa Nama berkata...

Kalau tidak silap ... Maulana Asri inilah yang menyarankan agar sirah Ibn Hisham di'bakulsampah'kan.

Abu Muhammad berkata...

Sebenarnya kesahihan tentang sesuatu cerita atau hadis itu adalah perkara ijtihadiyyah juga, iaitu berdasarkan kepada ijtihad muhadditsin dan pentahqiq. Mereka ini juga bukannya maksum, tak lepas dari salah dan silap. Kaedah mereka juga ada perbezaan, sebahagiannya longgar dan sebahagian lagi ketat dan apa pula yang pertengahan. Walau bagaimanapun, mereka adalah orang yang layak untuk tujuan tersebut.

Abu Muhammad berkata...

Aku sokong, sebab kalau setakat belajar ilmu hadis sahaja orang boleh jadi songsang jugak sebab bukan semua hadis shohih boleh jadi hujjah, macam ayat al-Quran bukan semua ayat boleh buat hukum, sebab ada yang sudah dimansukhkan oleh ayat lain yang datang kemudian atau hadits lain. Nasikh wal mansukh penting untuk diketahui oleh mereka-mereka yang nak jadi mujtahid.